Ketika al-Imam Ibn Jarir at-Thabari ditanya mengenai sebuah hadits yang mendakwa bahawa Allah mendudukkan Nabi Muhammad di atas 'Arasy bersama-sama denganNya. Maka al-Imam Ibn Jarir at-Thabari telah mengulas sebagai berikut :-

"Adapun mengenai hadits yang mendakwa bahawa Allah mendudukkan Nabi Muhammad di atas 'Arasy bersama-sama denganNya itu adalah mustahil, kemudian beliau mendendangkan sebuah syair :-

MAHA SUCI ALLAH YANG TIDAK TERDAPAT BAGINYA SEKUTU * DAN TIDAKLAH DIA PADA 'ARASY ITU DUDUK.

Maka ketikamana didengari oleh orang-orang yang menyandarkan diri mereka kepada mazhab Hanbali dan ahli hadits mengenai hal tersebut lalu mereka berkumpul serta melontarkan ketidakpuas hati terhadap kenyataan tersebut. Dikatakan perhimpunan tersebut adalah seramai seribu orang. Kemudian al-Imam Ibn Jarir at-Thabari bergegas bangun dan memasuki rumahnya. Setelah itu, mereka melontarkan batu-bata di hadapan pintu rumahnya sehingga batu-bata tersebut menjadi seperti sebuah bukit yang besar, kemudian Nazuk ketua polis dengan disertai sepuluh ribu orang askar telah menghalang orang ramai tersebut dan mereka berdiri di situ seharian sehinggalah waktu malam serta memerintahkan agar batu-bata tersebut dialihkan. Al-Imam Ibn Jarir at-Thabari juga telah menulis dendangan syairnya tersebut di hadapan pintu rumahnya sendiri :-

 MAHA SUCI ALLAH YANG TIDAK TERDAPAT BAGINYA SEKUTU * DAN TIDAKLAH DIA PADA 'ARASY ITU DUDUK.

@ Mohd Safwan