KATA ULAMA TAFSIR TENTANG WAHHABI
Saya bawakan dibawah ini perkataan Ulama tafsir iaitu:
Al-Allamah, Al-Syeikh Ahmad bin Muhammad As-Sowi Al-Misri Al-Khalwati Al-Maliki.
Ketika mentafsirkan surah Fatir ayat 6
Ayat ini turun kepada Nabi pada masalah kaum Khawarij[⁴] iaitu satu puak yang mentahrif makna takwil Al-Quran & sunnah [dari makna Quran & Sunnah yg sebenar] dan mereka adalah kaum yang menghalalkan darah ummat islam[¹] dan menghalalkan harta ummat islam hasil dari PENTAHRIFAN [²] Al-Quran & Sunnah. Seperti yang dapat dilihatkan pada hari ini hasil pandangan-pandangan mereka. Mereka adalah satu FIRQAH di bumi Hijaz digelarkan [³] mereka itu AL-WAHHABIYYAH. Mereka menyangka mereka diatas sesuatu yg benar. [Seperti mana yang dislogankan hari ini dengan ikut Quran & Sunnah, sebenarnya Quran & Sunnah yang sudah di TAHRIF mengikut fahaman kelompok mereka]. Sesungguhnya jaga-jaga, mereka itu adalah penipu. Mereka telah dipermainkan oleh syaitan. Dan syaitan melupakan mereka dari Zikrullah [kerana itu mereka tidak suka berzikir banyak dan tidak suka apa-apa method yang boleh memberi bekas ketika berzikir]. Mereka itulah yang dikatakan Parti Ajaran Syaitan (hizbu Syaitan). Jaga-jagalah [ingatlah] bahawa Parti Ajaran Syaitan itu akan kerugian [masuk neraka].
[Tamat kenyataan HASYIAH SOWI]
_____________________________________••
Nota kaki:
[¹] Apa maksud menghalalkan?
Ertinya ialah merek mengkafirkan MAJORITY UMMAT ISLAM. Sedangkan Nabi menjamin majority ummat islam tidak akan murtad. Hanya sedikit.
•Mereka telah mengkafirkan orang muslimin yg bertawassul sedangkan seluruh ummat islam bertawassul. Dan setiap khutbah jumaat di Malaysia kita bertawassul.
•Mereka mengkafirkan ummat islam yang menyambut Maulid Rasul.
•Mereka mengkafirkan pengamal bidah hasanah yg sudah sepakat ummat islam bahawa bidah hasanah itu tidak sesat.
[²] Pentahrifan. TAHRIF ertinya penyelewengan makna.
•Seperti telahpun ijmak Muhadditsin mengatakan hadis dhoif itu diterima. Tiba² mereka cuba mentahrif kaedahnya dengan dikatanya hadis dhoif tidak boleh dipakai. DLL.
•Seperti sudah sepakat ulama & nas² mengenai pahala bacaan Al-Quran itu sampai kepada mayyit[ini yang benar].
Tiba² mereka mentahrif fatwanya dengan dikata sebagai tidak sampai.[ini yang salah].. maka apabil orang menghadiahkan fatihah untuk si mati, maka mereka pun tak suka.
[³] mengapa didalam tafsir ini beliau menggunakan perkataan "digelarkan" untuk puak Wahhabi? Ini adalah kerana mereka tidak menggelarkan diri mereka sebagai Wahabi. Sebaliknya mereka mengatakan mereka mengajak kepada Quran dan sunnah yg sebenarnya adalah penafsiran fahaman yang bermethodkan tafsiran pengasas wahabi itu sendir. Kerana itu mereka digelar dan dilebel wahabi oleh para ulama supaya orang² awan dapat mengenal dan berwaspada dari tipu daya mereka.
Maka seperti itulah pada hari ini mereka tidak sekali-kali menggelarkan diri mereka wahabi. Tetapi akal yang waras akan dapat membezakan.
[⁴] Mengapa di sebut sebagai KHAWARIJ sedangkan kaum yg mendapat nama khawarij SECARA RASMI ialah kaum yg keluar dari Jamaah saidina Ali yang menganggap saidina tidak layak menjadi pemimpin islam setelah mengalah dengan muawiyah hasil dari helah yg dirancang muawiyyah.
[MAKA JAWABNYA]
Khawarij yang di nukil didalam tafsir itu adalah AJARAN, bukan batang tubuh kaum tersebut. Ajaran itu lahir dan adanya sejak zaman Saidinan Nabi lagi. Mereka adalah kaum yang keluar dari jamaah sahabat secara fikiran dan secara pemahaman ajaran islam. Cuma ketika itu tidak mendapat nama secara rasmi. Ada diantara mereka yg nabi perintah supaya dibunuh dan ada diantara mereka yg nabi suruh bersabar dari kejahatan fahaman mereka.
Kemudian musannif menulis lagi dengan katany "seperti apa yg terjadi sekarang". Sekarang itu pada zaman musannif.. semua khawarij dizaman saidina ali itu sudah pun wafat. Yang ada di dizaman musannif itu ialah ajarannya tetapi kali ini bernama dengan nama rasmi yg lain iaitu WAHHABI
____________________________••
[ULASAN]
Maka kesesatan Wahhabi bukanlah perkara baru. Ia sudahpun di perangi oleh para ulama hadis dan tafsir dizamannya lagi.
Akal yang waras akan dapat menilai.
_____________________________••
Perkataan didalam kurungan [..] adalah penjelasan dari saya sendiri
AZIZUL WAHYU BIN ABD GHANI
BENDAHARI PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA.
0 Comments